Tuesday, May 2, 2023

Pendidikan Multibudaya

Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawasetiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelassosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satupergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukansahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitarandan struktur pentadbiran turut terjadi.

Pembelajaran tanpa mengira kaum dan agama


Pendidikan multibudaya cuba mewujudkansatu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi,budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkankepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan multibudayaadalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perluterus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut.

Pendidikan Secara Tidak Formal

Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan piwaian. Seperti pertanian, pertukangan dan sebagainya. Pendidikan tidak formal ialah pendidikan agama seperti mengaji Al-quran, Muqqadam dan sebagainya.Pendidikan tidak formal pula boleh berperanan memupuk perpaduan nasional melalui interaksi dan aktiviti antara komuniti, pertandingan sukan berbilang kaum dan keterlibatan dalam kerja-kerja sukarela melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penglibatan komuniti juga boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama melalui pendekatan pelbagai kaum melalui dialog dan sesi perbincangan termasuklah dalam isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama. Dengan itu, penyelesaian sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana yang harmoni.




contoh pengajian tidak formal iaitu pertanian

Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk perpaduan nasional dapat dilaksanakan melalui pendidikan formal dan tidak formal. Melalui usaha-usaha mendidik sebegini, semangat kerjasama antara kaum dapat dibina dalam kalangan generasi muda dari awal lagi. Pendedahan awal melalui pendidikan yang bersifat inklusif dan kolaboratif sangat penting untuk membangunkan negara tercinta yang terdiri dari masyarakat majmuk. Seterusnya, usaha-usaha pendidikan akan dapat membina jati diri generasi masa depan yang menghargai kepelbagaian dan dapat menggembleng kepelbagaian tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pendidikan Secara Formal

Secara umumnya pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah pendidikan formal manakala kategori kedua ialah pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan sedangkan pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat .

Perpaduan negara merupakan satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi ini menekankan kepada sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan topik-topik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk. Ini bertepatan dengan objektif khusus pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan untuk “mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid”. Topik-topik perpaduan boleh diserapkan dalam mata pelajaran sedia ada, seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Topik-topik berkenaan hendaklah dikaitkan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Pembelajaran di dalam kelas adlah pembelajaran secara formal

Selain pendekatan dalam bilik darjah, penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan aktiviti persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Malahan, pendekatan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang berkonsepkan “experiential learning” dan menekankan amali dipercayai lebih berkesan berbanding pembelajaran dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dengan melibatkan pelajar pelbagai kaum dari sekolah yang sama mahupun dari sekolah yang berbeza berdasarkan demografi di sesuatu tempat atau daerah. Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah harus berperanan untuk membolehkan aktiviti sedemikian dijalankan. Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga perlu dilibatkan agar inisiatif yang dilaksanakan adalah bersepadu dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Malahan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh turut bekerjasama berdasarkan sumber, kemahiran dan kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, kem muhibbah yang melibatkan aktiviti perkongsian budaya dan interaksi di antara pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil boleh dilaksanakan di peringkat daerah atau pun negeri

Soalan Lazim

 Soalan lazim yang sering ditanya

1)Apakah pembelajaran secara formal?

Pembelajaran yang berlaku di institusi pengajian yang kebiasanya sekolah,institusi pengajian dan sebagainya.

2)Bagamanai pengajian secara tidak formal?

Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan piwaian seperti pengajian pertukangan pengajian pertanian dan sebagainya.

3)Yang mana lagi penting pembelajaran secara formal atau pengajian secara tidak formal?

Kedua dua nya penting untuk masyarakat majmuk keran ia saling berkait rapat. Oleh yang demikian kita hendaklah mempelajari dan memperluaskan ilmu.


Rujukan

Laman internet yang dijadikan sebgai rujukan:

Kesimpulan

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat. 




Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.

Pendahuluan

 Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.




Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal . Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran  pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India

Tuesday, April 11, 2023

Home

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

Itulah kata kata yang sering didengari oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan membaca kita mampu memperluaskan pengetahuan dan juga cara pemikiran kita. Perpaduan masyarakat melaui pemikiran itulah topik yang akan dikupas didalam laman sesawang ini. Topik ini sangat penting untuk rakyat Malaysia berikutan banyaknya kaum di dalam negara Malaysia tercinta ini.

Isi yang terdapat di dalam laman ini ialah:

  1. Pembelajaran secara formal
  2. Pembelajaran secara tidak formal
  3. Pendidikan Multi-budaya
Sudah di pukal baung di lembah ,
Sayangnya kelah terlepas jala ,
Madah diungkap dan dipersembah,
Dengan bismillah kita bermula .

 

Editor

 Portfolio ini dikarang oleh:


1) Muhammad Faris bin Mohd Fauzi 

(04DEP22F1003)

2)Wan Mohmmad Ammar Azwar Bin Wan Khairul Anuar (04DEP22F1005)

3) As'ad bin Ahmad Mukhtar 

(04DEP22F 1012)

4)Abdu Ahkamil Hakimin bin Md Shukri 

(04DEP22F1016