Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan piwaian. Seperti pertanian, pertukangan dan sebagainya. Pendidikan tidak formal ialah pendidikan agama seperti mengaji Al-quran, Muqqadam dan sebagainya.Pendidikan tidak formal pula boleh berperanan memupuk perpaduan nasional melalui interaksi dan aktiviti antara komuniti, pertandingan sukan berbilang kaum dan keterlibatan dalam kerja-kerja sukarela melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO). Penglibatan komuniti juga boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama melalui pendekatan pelbagai kaum melalui dialog dan sesi perbincangan termasuklah dalam isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama. Dengan itu, penyelesaian sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana yang harmoni.
contoh pengajian tidak formal iaitu pertanian
Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk perpaduan nasional dapat dilaksanakan melalui pendidikan formal dan tidak formal. Melalui usaha-usaha mendidik sebegini, semangat kerjasama antara kaum dapat dibina dalam kalangan generasi muda dari awal lagi. Pendedahan awal melalui pendidikan yang bersifat inklusif dan kolaboratif sangat penting untuk membangunkan negara tercinta yang terdiri dari masyarakat majmuk. Seterusnya, usaha-usaha pendidikan akan dapat membina jati diri generasi masa depan yang menghargai kepelbagaian dan dapat menggembleng kepelbagaian tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment