Tuesday, May 2, 2023

Pendahuluan

 Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.




Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal . Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran  pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India

No comments:

Post a Comment