Tuesday, May 2, 2023

Pendidikan Secara Formal

Secara umumnya pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah pendidikan formal manakala kategori kedua ialah pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan sedangkan pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat .

Perpaduan negara merupakan satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi ini menekankan kepada sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan topik-topik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk. Ini bertepatan dengan objektif khusus pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan untuk “mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid”. Topik-topik perpaduan boleh diserapkan dalam mata pelajaran sedia ada, seperti pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Topik-topik berkenaan hendaklah dikaitkan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Pembelajaran di dalam kelas adlah pembelajaran secara formal

Selain pendekatan dalam bilik darjah, penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan aktiviti persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Malahan, pendekatan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang berkonsepkan “experiential learning” dan menekankan amali dipercayai lebih berkesan berbanding pembelajaran dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dengan melibatkan pelajar pelbagai kaum dari sekolah yang sama mahupun dari sekolah yang berbeza berdasarkan demografi di sesuatu tempat atau daerah. Dalam hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah harus berperanan untuk membolehkan aktiviti sedemikian dijalankan. Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga perlu dilibatkan agar inisiatif yang dilaksanakan adalah bersepadu dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Malahan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh turut bekerjasama berdasarkan sumber, kemahiran dan kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, kem muhibbah yang melibatkan aktiviti perkongsian budaya dan interaksi di antara pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil boleh dilaksanakan di peringkat daerah atau pun negeri

No comments:

Post a Comment